Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Ruhainies atau nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah, menjelaskan dia sudah tidak berhubung dengan Aliff Aziz semenjak kontroversi mereka hangat diperkatakan.
Ruhainies pada ketika ini mahu memberikan fokus kepada kerjaya seninya dan enggan mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya sudah tidak berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya pun dah minta maaf.
“Rasanya semua pihak boleh move one (teruskan kehidupan). Tiada keperluan untuk saya menghubungi dia lagi.
“Fokus saya sekarang adalah karier, Saya tak mahu panjangkan isu ini yang sudah semakin melarat hampir dua bulan,” katanya memetik laporan Harian Metro, Selasa, 7 Mei 2024.
Ruhainies juga enggan mengulas dakwaan yang mengatakan dia berkomplot dengan pelakon Singapura itu untuk menjatuhkan Bella Astillah.
“Saya tak boleh cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat. Benda itu di luar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi,” katanya.








