'Saya yang salah' - Mia Sara jelaskan isu dengan Puteri Balqis | The Reporter

‘Saya yang salah’ – Mia Sara jelaskan isu dengan Puteri Balqis

Mia Sara akui kesilapan sendiri berhubung isu dengan Puteri Balqis
Mia Sara tampil mengakui kesilapan sendiri dan menjelaskan punca isu melibatkan Puteri Balqis yang tular di media sosial. | Gambar: Podcast Kita Kita Aje / Instagram Aznil Haji Nawawi

Pelakon Mia Sara mengakui dirinya berada dalam keadaan panik dan sedar sepenuhnya bahawa kesilapan tersebut berpunca daripada dirinya sendiri, ketika kemelut dengan aktres Puteri Balqis mula tercetus dan menjadi perhatian ramai.

Dalam temu bual bersama Aznil Hj Nawawi menerusi podcast Kita Kita Aje, Mia tidak mempertahankan diri, sebaliknya menzahirkan rasa bersalah apabila menyedari caranya menulis komen ketika itu membuka ruang kepada salah faham dan persepsi negatif.

Menurut Mia, tekanan yang datang secara mendadak membuatkan dia hilang arah. Isu yang membesar dengan pantas menyebabkan dirinya bertindak dalam keadaan emosi yang tidak stabil, tanpa sempat menilai kesan kata-kata yang ditulis.

“Saya panik. Bila baca balik, memang cara saya tulis itu mengundang. Saya yang salah,” katanya ringkas, namun penuh makna.

Baca juga:

Nak mohon maaf secara terbuka

Keadaan itu mendorong Mia untuk berhasrat membuat permohonan maaf secara terbuka. Namun, niat tersebut terhenti apabila bapanya menasihatkan agar dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ketika situasi masih panas, kerana setiap ayat berpotensi disalah tafsir dan diperbesarkan.

Nasihat itu, menurut Mia, membuatkan dia memilih untuk berdiam diri. Bukan kerana enggan bertanggungjawab, tetapi kerana takut keadaan menjadi lebih buruk akibat emosinya sendiri yang masih tidak stabil.

Namun, keputusan itu meninggalkan kesan emosi yang lebih mendalam apabila Puteri Balqis pula tampil membuat video permohonan maaf. Pada saat itu, rasa bersalah Mia menjadi semakin berat kerana dia sedar permohonan maaf tersebut datang walaupun kesilapan asal bukan berpunca daripada Balqis.

“Saya rasa lebih teruk. Saya yang tersalah, tapi dia pula yang minta maaf,” katanya.

Sumber: Podcast Kita Kita Aje / Instagram Aznil Haji Nawawi

Related Posts