'Saya nekad teruskan keputusan sebelum ini demi maruah' - Fazura - The Reporter

‘Saya nekad teruskan keputusan sebelum ini demi maruah’ – Fazura

Sumber Gambar: Instagram Fazura

Selebriti dan usahawan, Fazura seolah memberikan gambaran tidak akan meneruskan lagi perkahwinan bersama suaminya, Fattah Amin.

Menerusi hantaran di Instagram, Fazura yang memuat naik gambar bersama anaknya, Fatima menjelaskan keputusan yang dibuat itu merupakan demi maruahnya sebagai wanita.

“Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.

“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz,” tulisnya.

Dalam pada itu, dia turut menitipkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikannya sokongan dan kata-kata semangat.

“Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu.

“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” katanya.

Terdahulu, Fazura telah memfailan penceraian terhadap Fattah Amin pada 13 September lalu.

Bagaimanapun pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menangguh kes permohonan cerai Fazura kepada 7 Oktober ini.

Peguam syarie mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, penangguhan ini bagi memberi ruang perbincangan yang dicadangkan oleh pihak peguam Fattah.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!