'Saya masih baik hati beri ruang untuk selesaikan hutang, tapi dia tak pandang serius' - Hidayah akan ambil tindakan undang-undang terhadap Ali Puteh - The Reporter

‘Saya masih baik hati beri ruang untuk selesaikan hutang, tapi dia tak pandang serius’ – Hidayah akan ambil tindakan undang-undang terhadap Ali Puteh

Siti Norhidayah Mohd. Ali, Ali Puteh

Sebelum ini, pelawak Ali Puteh mendakwa kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd. Ali memutar belitkan fakta kononnya dia tidak berusaha membayar hutang saman RM76,000. Sebaliknya, dia sudah mencuba membayar hutang tersebut menggunakan aset seperti motosikal Yamaha RXZ, 125Z dan Y15, tetapi ditolak.

Bagaimanapun dalam laporan Harian Metro, Hidayah menegaskan dia sudah cukup bersabar dengan Ali yang tidak serius membayar hutang tersebut.

Jelasnya, mahkamah telah mengeluarkan arahan beberapa kali mengarahkan Ali membayar saman RM76,000 itu selepas keputusan mahkamah berhubung kes saman berpihak kepadanya pada 18 Februari 2022, tetapi Ali usaha membayar hutang itu.

“…pihak sana masih lagi degil dan melanggar perintah mahkamah. Malah tiada usaha dan inisiatif dilakukan untuk melangsaikan hutang piutang itu kepada saya.

“Saya masih berbaik hati dan bertimbang rasa untuk memberi ruang dan masa padanya untuk menyelesaikan hutang ini. Tetapi dia tidak memandang serius perkara ini,” katanya.

Balu kepada Allahyarham Abam Bocecy itu menegaskan, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ali.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang susulan yang lebih berat agar pihak sana dapat menjelaskan hutang piutang ini dengan kadar segera.

“Kerana saya tidak mahu ada timbul apa-apa masalah berhubung kait dengannya lagi selepas ini,” katanya.

Terdahulu, Ali mendakwa Hidayah memutar belitkan fakta dan menolak pembayaran hutang tersebut menggunakan aset motosikal yang dimilikinya.

Pelawak berkenaan turut kesal apabila Hidayah menuduhnya tidak berusaha membayar hutang itu, sedangkan dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk menambah pendapatan termasuk berniaga di media sosial agar dapat membayar hutang itu.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!