'Saya dah cuba tetapi gagal, maafkan saya' - Mawar Rashid muat naik gambar tidak bertudung di IG, buat pengikutnya kecewa - The Reporter

‘Saya dah cuba tetapi gagal, maafkan saya’ – Mawar Rashid muat naik gambar tidak bertudung di IG, buat pengikutnya kecewa

Mawar Rashid

Tindakan pelakon Mawar Rashid memuat naik gambar dirinya tidak lagi bertudung mengundang pelbagai reaksi terutamanya 3.5 juta pengikutnya di Instagram.

Menurut kapsyen ringkas yang disertakan dalam gambar tersebut, Mawar mengakui dia telah mencuba untuk terus kekal berhijab. Namun gagal berbuat demikian dan memohon maaf kepada para pengikutnya.

“Saya dah cuba, tetapi saya gagal. Maafkan saya,” tulisnya.

Sementara itu di hantaran Instastory, Mawar mengucapkan ‘selamat tinggal’ dan akan kembali apabila dia sudah bersedia sepenuhnya.

“Selamat tinggal dunia. Akan kembali apabila saya sudah bersedia dari segi mental. Sayang korang selalu,” tulisnya.

Ruangan komen pada gambar tersebut telah ditutup, menambahkan lagi rasa kecewa pengikutnya dan beralih ke laman hiburan yang memuat naik berita mengejutkan itu.

“Tiga tahun dah pakai, baru sekarang nak buka. Budak kecil baru pakai seminggu terus lekat pakai sampai besar. Kau dah besar terus cabut. Iman tak kuat atau dah rasa gelisah tengok orang lain free hair.

“Pakai tudung itu wajib, bukan boleh pilih nak atau tak. Sama juga solat wajib. Allah dah beri kejayaan tapi kau tinggalkan kewajipan dia macam tu. Wallahu,” kata Anis.

“Hmm.. dulu minat sebab lawa sangat pakai tudung. Sekarang jadi tak minat dah. By the way, minta maaf kat sape eh? Musim buka tudung kot. Nanti mesti ada artis lain selepas ni,” kata Elaine Farisha.

Walaupu begitu, ada juga netizen yang turut mendoakan yang baik-baik kepada Mawar.

“Hijrah itu senang, istiqomah itu susah. Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk Mawar. Hari ini ujian untuk dia. Always support her, semoga ada jalan yang terbaik,” kata Zoey Rahman.

Sumber: Instagram HLive, Mawar Rashid

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!