Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Sophia Albarakbah menafikan kehadirannya ke program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu ketiga untuk menonton penyanyi, Aliff Aziz, seperti dakwaan yang sedang berlegar di media sosial.
Sebaliknya, Sophia menjelaskan kehadirannya hanya sekadar menemani sepupunya, Aisha Retno, yang menjadi penyanyi undangan dalam program tersebut.
“Saya pergi sebab nak beri sokongan kepada Aisha. Kalau saya diberi peluang untuk pergi lagi sekali pun, saya tak kisah. Lagipun saya dah minta izin daripada pengurus saya.
“Program ini ada ramai artis, jadi saya berhak untuk pergi dan sokong sesiapa saja. Kalau saya bertembung dengan Aliff, tak ada masalah pun. Lagipun isu saya dan Aliff sudah lama berlalu,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Bagaimanapun, isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah pula mendakwa Sophia menipu dan memutar belit kenyataan mengenai kehadirannya ke program itu.

“Ya Allah, masih nak menipu stay lepas Liza Hanim? Serious la dia ni. Dah lah nama takde dalam guest list. And then lepas Aliff habis je nyanyi, dia terus gerak balik.
“Dah lah duduk depan wartawan, pastu nak menipu lagi. Haih, tapi tak hairanlah dia ni. Dah biasa menipu dan putar belit,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Sophia dan Aliff sebelum ini pernah terkait dengan kontroversi di mana mereka berdua didakwa menjalinkan hubungan ketika menjalani penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Sumber: Harian Metro, Instagram Bella Astillah