Semalam, pelakon Fasha Sandha memuat naik gambar dirinya diangkat oleh tunangnya, Aidil Aziz, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Berdasarkan kapsyen gambar, Fasha hanya sekadar mahu berkongsi bahawa berat badannya sudah turun hasil dari aktiviti bersenam.
Namun di ruangan komen pula, netizen menegur tindakan pasangan selebriti itu yang dikatakan tidak manis dan hilang adat ketimuran berikutan Fasha dan Aidil belum lagi sah sebagai suami isteri sepatutnya menjaga batasan pergaulan.
“Tau korang bercinta tapi tak perlulah ghairah sangat nak tunjukkan kemesraan. Anak kecil sebelah tu kata bestnyer, nak buat samalah dengan boy next door,” kata @Faizah2u.
“Sebelum kahwin angkat macam tak tahu hukum halal haram. Selepas kahwin, berpisah satu Malaysia gempak. Baru ingat Islam dan nak pergi mahkamah syariah. Dunia nak kiamat kot,” kata @Abdilwaffi.
“Haram tetap haram dan halal tetap halal. Saya tahu dan saya belajar hukum. Jadi jangan ajar saya.”
Sumber: Instagram Fasha Sandha












