'Saya akan perbaiki suara & reaksi wajah' | The Reporter

‘Saya akan perbaiki suara & reaksi wajah’

Sumber Gambar: Instagram Fatin Nabila

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan videonya mendapat kritikan dan juga teguran daripada Ustazah Asma’ Harun, pempengaruh Fatin Nabila tampil memberikan respon dan memohon maaf.

“Saya ada memuat naik satu video berkaitan ‘Dekat dengan Fatin, selesa ke tu?’.Saya nampak ramai yang respon, stitch dan memberikan reaksi terhadap video tersebut.

“Dengan izin Allah, niat saya membuat video tersebut hanya satu sahaja. Saya cuma nak menyampaikan mesej agar kita tidak membanding diri dengan orang lain

“Namun, saya sedar, pendekatan saya dalam menyampaikan mesej itu agak salah dan tidak sesuai dari segi suara dan kedudukan muka yang dekat dengan skrin,” katanya.

Dalam hantaran di Instagram itu juga, Fatin mengambil kesempatan untuk memohon maaf diatas tindakannya dan berjanji akan memperbaiki kualiti setiap konten yang dihasilkan.

“Jadi, dengan rasa rendah diri, saya benar-benar ingin mohon maaf terhadap kesilapan yang saya lakukan. Banyak sangat perkara yang saya belajar melalui situasi ini.

“Insya-Allah berkaitan suara dan reaksi wajah, saya akan lebih perbaiki ke arah lebih baik. Selepas ini, saya akan menghasilkan konten-konten yang lebih baik,” katanya lagi.

Sumber: Fatin Nabila

Related Posts