Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa mengambil “satu langkah ke belakang” bukanlah tanda kelemahan, sebaliknya satu langkah strategik bagi mengukuhkan asas, menyusun barisan kepimpinan dan memastikan kelangsungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dalam kenyataan sempena Tahun Baharu yang dimuat naik di media sosial rasminya hari ini, 2 Januari 2026, Muhyiddin menegaskan beliau masih menerajui kepimpinan Bersatu sebagai Presiden, walaupun tidak lagi memimpin Perikatan Nasional (PN).
Katanya, Bersatu kekal sebagai rakan gabungan yang berprinsip, konsisten dan setia, serta komited untuk terus memelihara kerjasama demi kestabilan dan kekuatan PN.
Baca juga:
- ‘Saya akan lahirkan 300,000 lagi Akmal Saleh untuk hentam mereka!’
- ‘You Never Walk Alone’, kita sama-sama lawan DAP – Afnan
- Akmal undur dari EXCO, nekad lawan habis-habisan pihak yang cabar maruah
Menurut beliau, dalam berdepan cabaran politik semasa, keutamaan utama parti adalah memastikan kelangsungan, kekuatan dan masa depan Bersatu. Justeru, sebarang langkah penstrukturan semula dan penyusunan kepimpinan perlu dilihat sebagai usaha memperkukuh parti secara tersusun dan mampan, bukan pengunduran daripada perjuangan.
Muhyiddin turut menuntut seluruh ahli Bersatu agar kekal beristiqamah dan berdisiplin, di samping menutup rapat segala ruang perpecahan. Sebarang perbezaan pandangan, katanya, perlu diselesaikan secara berhemah, matang dan tertutup demi kepentingan parti.








