Majlis perkahwinan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann baru-baru ini berlangsung dengan penuh meriah dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan selebriti pasangan dua sejoli itu.
Antara rakan artis yang hadir termasuklah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.
Pasangan itu juga diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Walaupun pelbagai spekulasi mengenai majlis tersebut, namun mata netizen tertumpu pada kejelitaan paras rupa Janna Nick ketika majlis berlangsung.
Difahamkan, jurusolek yang bertanggungjawab menata rias wajah Janna merupakan jurusolek khas daripada Thailand.


Menerusi satu perkongsian, dikatakan Janna merupakan orang kedua dari Malaysia yang menggunakan khidmat jurusolek berkenaan selepas Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.
Bukan itu sahaja, caj perkhidmatan yang ditawarkan oleh Babara Beer juga dikatakan mencecah 70,000 bath bersamaan dengan RM 9,331.19.

Meskipun harganya level kayangan, rata- rata netizen memuji sentuhan magis yang dibuat oleh jurusolek tersebut.
“Sangat cantik, mua yang berbakat dan pengantin sangat gorgeous,” tulis netizen.
“Berbaloi dengan harga dan orang yang berduit,” kata Yunie Yaacob.
“Love gila make up macam ni. Malaysia punya make up sangat tipikal malaysia style look. Yang ni cantik, tak hilang muka real,” kata mazidah_musa.
Sumber: Azzim Aziz, Babara Beer








