Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya menegaskan keyakinannya bahawa suatu hari nanti pemimpin Pas akan diberi mandat untuk mengetuai kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, keutamaan parti kini ialah memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan–Barisan Nasional terlebih dahulu sebelum soal calon Perdana Menteri ke-11 diputuskan.
Baca juga:
- ‘Saya menentang mana-mana kerajaan tebuk atap’ – Dr Akmal Saleh
- Sim gesa BN Negeri Sembilan hormati objektif penubuhan Kerajaan Perpaduan
- PN Negeri Sembilan sedia bekerjasama dengan BN
Fokus tumbangkan kerajaan sedia ada
“Fokus utama kita ialah menang pilihan raya. Jadi, kita perlu pastikan jentera dan gerak kerja pilihan raya berkesan, tumbangkan dulu kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional. Selepas itu, barulah ditentukan siapa yang layak. Lebih-lebih lagi jawatan Perdana Menteri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Pandangan saya mudah, sampai masanya Pas akan menjadi Perdana Menteri. Jadi akan ada pemimpin yang ditentukan pada waktu itu,” katanya ketika ditemui selepas Muktamar Dewan Pemuda Pas, malam tadi.
Hak parti dalam gabungan PN
Mengulas langkah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menamakan calon Perdana Menteri ke-11 pada Persidangan Agung Tahunannya Sabtu lalu, Ahmad berkata perkara itu hak Bersatu.
“Itu PAT (Perhimpunan Agung Tahunan) Bersatu. Jadi, ahli dan kepimpinan Bersatu ada hak untuk membuat usul dan membuka pandangan tentang masa depan negara.
“Dalam konteks Perikatan Nasional (PN), sudah tentu keputusan mesti dibuat bersama. Tapi bagi parti masing-masing, Pas juga boleh kemukakan usul, begitu juga dengan Gerakan atau parti lain,” jelasnya.
Sumber: Astro Awani








