Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Fara Salleh, isteri kepada pelawak terkenal Shuk Sahar, baru-baru ini memberi amaran keras kepada netizen yang meninggalkan komen negatif di Instagramnya.
Amaran ini dikeluarkan selepas beberapa netizen tidak senang melihat pasangan ini kembali berdamai selepas pergolakan rumah tangga yang mereka alami.
Fara Salleh menegaskan, Instagram menyediakan butang ‘unfollow’ dan ‘block’ bagi mereka yang tidak suka melihat kebahagiaannya.
Dalam satu komen, Fara membidas seorang netizen yang bertanya mengapa mereka tidak jadi bercerai dengan berkata, “Sakit hati ya tengok kami tak jadi cerai? Sakit hati tengok kami bahagia ya? Alhamdulillah, Allah Maha Baik.”
Terdahulu, Fara juga mengakui telah meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai Shuk yang sering bercerita mengenai keburukannya kepada kenalan rapat.
Bagaimanapun, Shuk dan Fara kemudian menunaikan ibadah umrah bersama-sama, dipercayai mahu berusaha memperbaiki hubungan rumah tangga mereka.
Fara berharap, netizen memberi ruang dan memahami situasi mereka dan tidak meninggalkan komen yang tidak masuk akal di media sosialnya.








