Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Saidah Kamarudin mendedahkan pertunangannya dengan Muntazar Ghufran berakhir disebabkan oleh isu kewangan. Menurut Saidah, Muntazar hanya mempunyai RM500 dalam akaun banknya semasa mereka merancang untuk berkahwin.
“Kami putus tunang sebab Muntazar tiada duit. Saya pernah jumpa dia menangis-nangis sebab tidak mahu teruskan hubungan ini. Dia cuma ada RM500 sahaja dalam akaunnya. Macam mana mahu jaga anak orang kalau ada itu sahaja? Awak cuma ada duit untuk sara hidup sendiri sahaja. Awak tak patut kahwin, perlu cari kerja ataupun sambung belajar,” kata Saidah dalam satu temu bual bersama media.
Saidah juga mendakwa, selepas mereka berpisah, Muntazar telah menggodam akaun TikTok miliknya dan meninggalkan komen yang mencemarkan nama baiknya.
“Saya kalau boleh tak nak pun bercakap mengenai perkara ini dan sebarkan aib sesiapa tapi apa yang dia buat tu melampau. Hack TikTok saya, komen dekat kawan-kawan saya cakap saya ambil pil, itu sangat melampau,” tambahnya.
Muntazar Ghufran pilih berdiam diri
Muntazar Ghufran memilih untuk tidak mengulas panjang isu yang dibangkitkan Saidah secara terbuka. Dalam satu hantaran Instastory, dia berkata:
“Bukan saya tak nak interview. Saya rasa better diam je bagus, bukan nak besarkan keadaan tapi soal maruah, saya ada maruah saya. Saya anggap takde jodoh dan saya dah move on. Ada sebab kenapa Allah jauhkan. Doakan saya sentiasa buat baik dan berjaya dunia akhirat.”
Bagaimanapun, Muntazar turut menafikan dakwaan kononnya dia tidak mampu untuk berkahwin. Katanya, RM500 hanyalah jumlah dalam akaun semasa, tetapi dia sebenarnya mempunyai pelaburan lain.
“Saya ada simpanan pelaburan. Saya simpan emas dan ada juga ASB. RM500 tu cuma baki dalam satu akaun bank, bukan semua duit yang saya ada.”
Bella Dowanna pertahankan Muntazar
Pelakon Bella Dowanna yang juga rakan baik kepada Muntazar, tampil mempertahankan beliau. Dalam satu hantaran di Instastory, Bella berkata,
“Dah putus amboi bukan main. Dah tahu dia macam tu, nak tunang juga kenapa sis? Dia jadi PA awak, balaci awak, kuli awak, videographer tak berbayar konten-konten awak, driver awak hari-hari tau kat set, mana tak habis duit dia? Lepas tu dalam akaun kau ada RM50,000 ke? Sama-sama je sangkak. Sudahlah diam je jangan nak bising sangat. Ingat, mesti ada dua cerita berbeza.”
‘Jangan kacau adik aku, perempuan murah’
Abang kepada Muntazar, pelakon Firdaus Ghufran, turut bersuara mengenai isu ini. Dalam satu hantaran di Instastory, Firdaus memberi amaran kepada Saidah:
“Saidah Kamarudin, kau tunggu kenyataan daripada aku pula. Jangan kacau adik aku, perempuan mur*h.”
Siapa sebenarnya Saidah dan Muntazar?
Saidah Kamarudin, 28, berasal dari Klang dan merupakan bekas finalis Dewi Remaja 2019/2020. Namanya semakin dikenali selepas membintangi beberapa drama TV popular seperti 7 Hari Mencintaiku 3, Akira Khan dan Takdir Itu Milik Aku.
Muntazar Ghufran, 21, pula adalah pelakon muda. Beliau pernah membintangi drama seperti Terlerai Noktah, Love You Mr Arang dan Mama Papa Ekspres.
Ringkasan Berita:
• Saidah dedah bekas tunang hanya ada RM500, jadi punca putus
• Muntazar nafi tiada duit, pilih diam demi maruah
• Bella & abang Muntazar pertahan beliau dan kritik Saidah








