Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Hubungan selebriti Adira Suhaimi dan pasangannya Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red akhirnya berakhir dengan talak satu.
Lafaz cerai itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor sekitar pukul 9.45 pagi tadi.
Terdahulu, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Tidak akan tuntut sebarang nafkah
Dalam pada itu, Adira menyatakan tidak akan menuntut sebarang nafkah iddah dan mutaah kerana tidak mahu menambah beban dan masalah kepada Datuk Red.
“Saya tak nak susahkan dia lagi. Sekarang ini dia tengah ‘down’. Doakan supaya dia dimurahkan rezeki,” katanya.
Berhubung isu hak penjagaan anak pula, Adira berkata dia bakal memfailkan hak jagaan anak walaupun mereka masih tidak mengetahui mengenai perceraian itu.
“Buat masa sekarang saya tidak halang untuk Datuk Red melawat atau nak bermalam dengan anak-anak. Kami bersetuju dan bersepakat dengan keputusan ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro