Rektor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Professor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle tampil menjelaskan bahawa kesilapan tarikh dalam sijil nikah tidak menjejaskan kesahihan sesuatu perkahwinan, sekiranya semua rukun nikah dipenuhi dengan sempurna.
Beliau berkata demikian dipercayai sebagai respons terhadap kekeliruan berhubung isu perbezaan tarikh pernikahan pelakon Uqasha Senrose, yang tular selepas hantaran terbaharu pelakon itu di Instagram semalam.
“Yang penting rukun nikah cukup maka nikah sah. Salah tulis tarikh di sijil nikah tidak ganggu keabsahan nikah. Mungkin pegawai masuk data tersalah taip. Tenang saja,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Baca juga:
- Bekas peserta progam realiti dipenjara 10 hari, gagal bayar RM108,200
- ‘Benci Islam tidak bermakna kafir harbi’ – Mufti Wilayah Persekutuan
- Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu
Terdahulu, Uqasha Senrose mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila mendakwa dirinya tidak tahu telah dinikahkan pada satu tarikh tertentu, seperti yang tercatat dalam dokumen rasmi. Beliau menjelaskn perkara tersebut hanya disedari selepas prosiding mahkamah yang berlangsung pada pagi Rabu.
Hantaran itu turut mengundang pelbagai spekulasi dan perbincangan di media sosial, sebelum beberapa tokoh agama tampil memberikan penjelasan bagi meredakan kekeliruan.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam daripada akaun Instagram miliknya.
Sebelum ini, Uqasha dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, pelakon Kamal Adli, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.








