Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon, Rita Rudaini tampil bersuara lantang mengenai isu buli di institusi pendidikan selepas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa menyembunyikan kes buli merupakan satu kesalahan jenayah.
Dalam hantaran di Instagram Stories, Rita mendakwa budaya buli masih berleluasa kerana ia berpunca daripada pihak pengurusan sendiri yang memilih untuk menutup kes demi menjaga nama baik.
“Ada… sejak anak saya masuk Tingkatan 1 lagi dah ada. Ada pengurusan macam ni… Tapi disembunyikan. Dan mereka ‘dijaga kabel besar. Sebab tu budaya buli ni masih ada kerana ia bermula daripada pengurusan. Bila ia diselit di bawah tikar…” tulisnya.
Rita turut menegaskan bahawa pemimpin seharusnya memastikan integriti dijunjung dan sekolah bebas daripada amalan buli serta politik dalaman.
“Dengan kepimpinan yang ada, kami percaya pada kebijaksanaan untuk menegakkan integriti dan mewujudkan persekitaran sekolah yang bebas daripada buli dan politik perpecahan. Sila siasat @drasyrafwajdi,” katanya.

Baca juga:
- Nash alami serangan jantung, 80 peratus saluran tersumbat
- Siti Nurhaliza terlibat kemalangan, sahkan tiada kecederaan serius
- Anak Norish Karman sebak terima puluhan ribu sebagai gaji daripada Aliff Syukri
Selain itu, menerusi ruangan komen di hantaran Instagram Asyraf Wajdi, Rita juga menyentuh mengenai dakwaan segelintir pendidik yang bertindak keterlaluan terhadap pelajar, namun dilindungi pihak atasan sehingga ibu bapa tidak berani membuat laporan.
“Sila kena tindakan juga pada cikgu-cikgu yang pukul budak dengan teruk dan sesuka hati. Bukankah ada caranya untuk sekolah menangani hukuman? Tapi tak ada siapa yang berani bersuara sebab masing-masing nak jaga periuk nasi, nak jaga anak takut kena target pula.
“Bila jadi sesuatu, pujuk ibu bapa jangan buat laporan polis. Lepas tu ada cikgu yang ‘dijaga’ pihak atasan. Ini fakta!” tegasnya.
Beliau turut mengkritik budaya ‘kipas dan bodek’ yang didakwanya menjadi punca layanan berbeza terhadap pelajar.
“Siapa yang pandai kipas, puji-puji, bodek, pura-pura… orang akan suka. Tolonglah hentikan politik macam ni di sekolah! Siapa yang kuat kipas, anak ‘terjaga’. Siapa yang kuat bersuara, anak mereka akan jadi ‘sasaran’!” katanya lagi.

Rita menegaskan sekolah sepatutnya menjadi pusat ilmu dan perlindungan, bukannya medan politik kecil atau buli senyap.
“Biarlah sekolah menjadi sebuah tempat pembelajaran yang selamat, bukan pentas politik kecil atau buli dalam diam. Anak-anak kita layak mendapat yang lebih baik!” ujarnya.
Sebelum ini, Dr Asyraf Wajdi memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pengurusan institusi MARA yang menyembunyikan kes buli dengan alasan menjaga reputasi.








