Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa tindakan menyembunyikan kes buli di mana-mana institusi pendidikan di bawah agensi itu merupakan satu kesalahan jenayah.
Beliau menekankan bahawa tiada pihak pengurusan boleh berkompromi dalam isu tersebut hanya kerana mahu menjaga nama baik atau reputasi institusi.
“Adalah satu kesalahan jenayah menyembunyikan kes buli. Jika ada pihak pengurusan mana-mana Institusi Pendidikan MARA yang berbuat demikian kononnya nak jaga nama baik dan reputasi, tindakan tegas dan keras pasti akan diambil!” katanya.
Baca juga:
- Sanusi tegas tolak Langkawi jadi Wilayah Persekutuan
- Gara-Gara hutang, pelajar 13 Tahun cedera dipukul sekumpulan remaja di Pekan
- ‘Cadangan kembalikan Dara, Amoi, Kelat wajar dipertimbangkan dengan serius’ – Arthur
Sebelum ini, Asyraf pernah mengingatkan bahawa tiada kompromi terhadap pelaku buli di mana-mana institusi pendidikan MARA.
Bagi menangani masalah tersebut, MARA telah menempatkan warden Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) secara sepenuh masa yang dilantik daripada kalangan bekas anggota polis dan tentera.
Menurut Asyraf, inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan isu buli serta kes-kes disiplin lain dapat dikekang, di samping menjamin persekitaran pembelajaran yang selamat dan sejahtera untuk semua pelajar MRSM.








