WWF-Malaysia ambil maklum kebimbangan orang ramai kebajikan tiga gajah | The Reporter

WWF-Malaysia ambil maklum kebimbangan orang ramai kebajikan tiga gajah

WWF-Malaysia respon isu pemindahan tiga gajah Asia Dara, Amoi dan Kelat ke Zoo Tennoji, Jepun
Tiga ekor gajah yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat dirakam pelancong Malaysia ketika berkunjung ke Zoo Tennoji.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


WWF-Malaysia mengambil maklum kebimbangan orang ramai terhadap kebajikan tiga ekor gajah Asia iaitu Dara, Amoi dan Kelat susulan pemindahan mereka dari Zoo Taiping & Night Safari di Perak ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun pada Mac 2026.

Menurut WWF-Malaysia, kebajikan hidupan liar merupakan keutamaan utama dalam setiap usaha pemuliharaan.

“Sebarang pemindahan haiwan liar, sama ada dalam negara atau ke luar negara, perlu dilaksanakan berasaskan sains, mematuhi piawaian kebajikan yang ketat serta mengikut garis panduan dan amalan terbaik pemuliharaan.

“Kerajaan Negeri Perak memaklumkan bahawa pemindahan berkenaan adalah sebahagian daripada kerjasama pemuliharaan rasmi antara kedua-dua zoo. Proses tersebut telah dibincangkan sejak 2021 dan melalui beberapa peringkat semakan serta kelulusan, termasuk oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Baca juga:

WWF-Malaysia turut menasihatkan orang ramai agar merujuk kepada maklumat rasmi daripada PERHILITAN bagi mendapatkan perkembangan yang tepat dan terkini. Dalam masa sama, WWF-Malaysia terus mengalu-alukan sokongan terhadap usaha pemuliharaan habitat semula jadi gajah, khususnya dalam menangani konflik manusia-gajah.

Terdahulu, satu petisyen oleh rakyat Malaysia telah dilancarkan bagi mendesak agar ketiga-tiga gajah tersebut dibawa pulang semula ke Malaysia. Usaha itu mendapat perhatian ramai, dengan orang ramai turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib Dara, Amoi dan Kelat.

Difahamkan, petisyen berkenaan telah berjaya mengumpul 149,000 sokongan daripada orang ramai, menghampiri sasaran 150,000 tandatangan yang ditetapkan bagi mendesak ketiga-tiga gajah tersebut dibawa pulang ke Malaysia.

Related Posts