Gara-Gara hutang, pelajar 13 Tahun cedera dipukul sekumpulan remaja di Pekan | The Reporter

Gara-Gara hutang, pelajar 13 Tahun cedera dipukul sekumpulan remaja di Pekan

Pelajar cedera dipukul sekumpulan remaja dalam kejadian di Pekan akibat isu hutang
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isu hutang antara pelajar bertukar menjadi insiden keganasan apabila seorang remaja lelaki berusia 13 tahun cedera selepas dipukul sekumpulan pelajar lain dalam kejadian berhampiran Pejabat Majlis Ugama Islam Pahang, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian pipi kanan selepas diserang oleh beberapa pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun.

Difahamkan, mangsa sebelum itu pergi ke sebuah pondok di lokasi berkenaan untuk bertemu salah seorang suspek berhubung isu hutang.

Bagaimanapun, pertemuan tersebut bertukar tegang apabila berlaku pertengkaran antara mereka. Situasi kemudian bertukar ganas apabila seorang pelajar berusia 14 tahun bertindak menolak, menumbuk dan menendang mangsa.

Baca juga:

Beberapa rakan lain yang berada di lokasi turut terlibat dalam serangan tersebut memukul mangsa.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Pekan bagi pemeriksaan lanjut.

“Bertindak atas maklumat, enam pelajar terbabit ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan kira-kira jam 1.30 pagi pada Rabu untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jamin polis,”katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts