Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon, Ako Mustapha meluahkan kebimbangan apabila mendakwa anak lelakinya berusia 10 tahun menjadi mangsa buli di sekolah.
Menerusi satu kenyataan di Thread, Ako memaklumkan anaknya, Mika, memberitahu dirinya telah dibuli. Lebih membimbangkan, pelakon tersebut mendakwa menemui kesan pada bahagian perut anaknya.
“Balik dari sekolah Mika mandi.. Kemudian, Mika bagitahu dia kena buli kat sekolah. Bila saya kering kan badan dia, saya perasan kat perut dia ada kesan tapak kasut dan kesan tumbukan kat perut.
“Terus saya soal siasat Mika.. Mika pun cerita satu-satu.. Semua saya ambik gambar dan video.. Gambar-gambar dan video kesan kat perut Mika saya dah hantar ke cikgu kelas Mika,” katanya.

Baca juga:
- Ako Mustapha dakwa anak jadi mangsa buli di sekolah
- Nash alami serangan jantung, 80 peratus saluran tersumbat
- Siti Nurhaliza terlibat kemalangan, sahkan tiada kecederaan serius
Menurutnya lagi, tindakan segera telah diambil dengan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan sebelum anaknya dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, Mika mengadu sakit pada bahagian perut dan dada, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kecederaan dalaman.
“Selepas doctor kat klinik kesihatan check tadi.. Doctor bagi surat untuk ke HKL.. Sekarang tengah berurusan di HKL.. Mika mengadu sakit perut dan dada.
“Isteri saya dah ambik gambar-gambar dan video kesan kena buli. Semua gambar-gambar dan video jelas nampak kesan tapak kasut dan kesan kena tumbuk,” jelasnya.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan pihak sekolah telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan cikgu kelas memberikan kerjasama untuk menjalankan siasatan lanjut.









