Ameng nafi dakwaan tuju istilah 'juara tak ke mana' pada individu | The Reporter

Ameng nafi dakwaan tuju istilah ‘juara tak ke mana’ pada individu

Ameng Spring berkongsi pandangan tentang kemenangan dan populariti dalam industri hiburan
Gambar: Kosmo

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi, Ameng Spring atau Wan Aminuddin bin Wan Ismail, mencetuskan perhatian apabila membuat beberapa kenyataan terbuka menerusi siaran langsung di media sosial, berkaitan pandangannya terhadap kemenangan dalam pertandingan nyanyian serta isu populariti dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa nasihat yang diberikan kepada anaknya Azeva Natassha yang menyertai satu pertandingan realiti di sebuah stesen televisyen disalah erti oleh seorang individu yang bergelar penyanyi.

Dalam siaran tersebut, Ameng menegaskan bahawa kemenangan dalam pertandingan tidak semestinya menjamin kejayaan atau populariti jangka panjang seseorang artis.

“Benda itu terjadi tahun 90-an, bukan sekarang. Zaman saya dulu. Saya mana ada cerita pasal orang. Dia tak pernah masuk live saya, orang ini tak pernah masuk live saya.

“Dia anggap saya. Saya tak tujukan kepada mana-mana. Saya tujukan kepada diri sendiri.

“Orang yang menang tak ke mana, yang kalah ini duduk pikul tanggungjawab sendiri. Yang kalah ini duduk pikul. Yang menang itu tak tahu di mana,” jelasnya.

@dhia.adwaa

live lepas hanya nasihat seorg ayah pada anak..supaya tak terlalu berharap tentang kemenangan. umum tak tuju sesiapa #amengspring #azeva #ttmm

♬ original sound – dhia adwa – dhia adwa
Baca juga:

Bagaimanapun, Ameng dalam satu temu bual turut menyebut nama seorang penyanyi wanita yang didakwa merupakan individu yang tersalah faham dengan kenyataannya.

“Saya cakap dalam live, saya bukan tuju kepada mana-mana… tapi saya anggap dia nak cari publisiti murahan,” katanya.

@f8buzz

Kenapa pula Ameng tuduh Liza Hanim sampai begitu? 🧐 Bhg. 1 – Panas! 🔥🔥🔥Apa yang bermula dengan perbualan secara langsung di sebuah aplikasi media sosial kini menjadi lebih besar. Ameng Spring mengeluarkan kenyataan berdasarkan sebuah muat naik Liza Hanim yang mendakwa dirinya terkilan di atas komen seorang artis senior terhadap anaknya. Ameng tanpa berselindung mengatakan orang yang dimaksudkan Liza adalah dirinya dan menjelaskan apa yang diperkatakan dalam siaran langsung tersebut. #f8buzzhiburan #amengspring #lizahanim

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

Ameng juga menegaskan bahawa beliau sudah lama berkecimpung dalam industri dan pernah beberapa kali menyertai pertandingan nyanyian tanpa meraih kemenangan, namun tetap kekal aktif sebagai penyanyi.

“Saya masuk Muzik-Muzik, setiap lagu saya masuk saya kalah. Tapi saya tetap menyanyi sana sini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa populariti tidak semestinya bergantung kepada kemenangan pertandingan.

“Juara tak ke mana… yang penting perjalanan kita dalam industri,” katanya.

Related Posts