Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Remaja perempuan berusia 15 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri di Farlim, Bandar Baru Ayer Itam, selepas dikatakan berselisih faham dengan teman lelakinya pada malam Sabtu lalu.
Orang awam menemui mayat mangsa di tingkat bawah pangsapuri tersebut sekitar jam 11.45 malam dan segera memaklumkan kepada pihak polis mengenai insiden itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, hasil siasatan awal menunjukkan berlaku pertengkaran antara mangsa dengan teman lelakinya sebelum kejadian.
Siasatan di lokasi kejadian mendapati, tiada tanda-tanda unsur jenayah yang terlibat.
“Semakan mendapati mangsa merupakan anak tunggal, dan ketika kejadian berlaku, ibu mangsa berada di luar untuk membeli barangan,” katanya yang turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menyentuh perasaan keluarga mangsa.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Astro Awani