Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menasihatkan semua pihak lebih peka apabila menganjurkan sebarang program yang membabitkan pelbagai kaum.
Menggulas mengenai isu yang membabitkan video promosi George Town Festival 2024 (GTF 2024), beliau beranggapan mungkin berlaku kesilapan dari pihak penganjur. Namun, tidak wajar isu itu dijadikan sebagai isu perkauman dan netizen tidak seharusnya menyalahgunakan kemudahan disediakan (media sosial).
Dalam masa sama, Teo berharap perkara yang berlaku itu menjadi pengajaran kepada penganjur atau tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Beliau berkata, setakat ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) belum menerima sebarang aduan komen jelik membabitkan elemen 3R berhubung video kontroversi tersebut.
Jelas Teo lagi, masyarakat berhak untuk mengkritik atau komen sesuatu isu. Tetapi bukan sampai ke tahap yang melampaui batas sehingga mencetuskan isu perkauman.
Terdahulu penganjur GTF 2024 memohon maaf di atas penerbitan video promosi yang didakwa hanya menonjolkan budaya Cina dan India, tanpa adanya budaya Melayu.
Ekoran itu, penganjur terpaksa memadamkan video promosi itu dari semua platform media sosialnya.
Sumber: Harian Metro








