'Puas hati tengok, plot twist A++!' - Filem Maharaja raih respon positif penonton - The Reporter

‘Puas hati tengok, plot twist A++!’ – Filem Maharaja raih respon positif penonton

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Filem “Maharaja” 2024 yang diarahkan oleh Nithilan Swaminathan telah menarik perhatian penonton sejak mula ditayangkan di platform penstriman Netflix.

Filem ini merupakan sebuah thriller aksi yang mengisahkan seorang tukang gunting rambut bernama Maharaja (dilakonkan oleh Vijay Sethupathi) yang berusaha mendapatkan semula Lakshmi, sebuah tong sampah besi yang hilang selepas kediamannya dimasuki oleh pencuri.

Maharaja membuat laporan polis mengenai kehilangan Lakshmi, tetapi permohonannya tidak diendahkan. Namun, dia tidak berputus asa dan berulang kali mendesak polis untuk membantunya mencari Lakshmi. Bahkan dia sanggup membayar wang yang banyak kepada polis sebagai ganjaran jika mereka membantu mencari tong sampah besi tersebut.

Pada mulanya, polis enggan membantu, tetapi akhirnya mereka bersetuju kerana tertarik dengan ganjaran yang lumayan. Namun, situasi berubah apabila polis curiga dengan niat sebenar Maharaja.

Mereka merasakan bahawa Maharaja sebenarnya tidak hanya ingin mendapatkan semula Lakshmi, tetapi juga ingin mencari tahu siapa penjenayah yang memecah masuk ke rumahnya pada malam kejadian itu, menyebabkan anaknya mengalami kecederaan.

Filem ini mendapat banyak ulasan positif daripada penonton. Jalan ceritanya menarik dan penuh dengan plot twist yang tidak disangka-sangka. Beberapa penonton memberikan rating 10/10 untuk filem ini.

Total
0
Shares
Total
0
Share