Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kisah yang berlaku ke atas Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu meruntun hati sesiapa sahaja.
Walaupun mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), namun kehilangan seorang anak pastinya sangat terkesan buat kedua ibu bapanya.
Sebaik sahaja keputusan mahkamah dibacakan, kelihatan kedua ibu bapa Zulfarhan sujud syukur dengan keadilan yang dibuat ke atas anaknya.
Melihat keadaan ibu dan bapanya juga, sudah pasti dapat dirasai betapa remuknya hati seorang ibu mendengar perkhabaran mengenai anaknya yang dibuli sehingga membawa kepada kematian.
Sudut pandang ibunya juga telah dibawa ke sebuah pementasan Retak Pertujuh – Along yang dilakonkan oleh Najwa Ramlee.
Lakonan yang disampaikan sarat dengan emosi yang menyedihkan sehingga meruntun hati penonton.
Lagi menyedihkan ketika situasi yang berlaku di bilik mayat. Ibunya menjerit memanggil nama Zulfarhan dengan nama ‘Along’.
Menerusi hantaran tular di TikTok itu, rata-rata penonton dikatakan terbuai dengan emosi sedih tersebut dan memahami apa yang dilalui oleh ibu Zulfarhan.
Sumber: TikTok








