Polis siasat 2 lelaki rakam video pasangan buat onar dalam Axia, cadang dakwa mereka di mahkamah - The Reporter

Polis siasat 2 lelaki rakam video pasangan buat onar dalam Axia, cadang dakwa mereka di mahkamah

Media melaporkan polis kini sedang menyiasat dua individu yang membuat rakaman dan menerbit video pasangan muda yang melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta Perodua Axia di tempat letak kereta di Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.

Polis juga menyiasat dakwaan suspek yang mengatakan dua lelaki berkenaan menyamar sebagai anggota polis yang membuatkan mereka ketakutan dan melarikan diri.

“Siasatan termasuk dakwaan bahawa lelaki itu menyamar sebagai anggota polis ketika mereka mendekati pasangan itu.

“Pihak kami masih dalam siasatan mengenai dakwaan tersebut dan menjalankan siasatan dari setiap sudut sebelum kertas siasatan dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan,” kata Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak.

Menurut Sohaimi, polis telah memanggil dua individu yang merakam video itu untuk membantu siasatan.

“Perakam video telah diambil keterangan. Kita akan cadangkan (kepada timbalan pendakwa raya) pertuduhan yang sesuai nanti,” katanya.

Lapor Oriental Daily, pasangan muda berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan sebelum dibebaskan pada 7 April. Mereka kemudian menghubungi Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah, untuk mendapatkan bantuan.

Pasangan itu juga mendakwa mereka telah diugut oleh dua lelaki terbabit yang menyamar sebagai anggota polis dan mengancam serta meminta kad pengenalan mereka.

Puah kemudian menawarkan khidmat bantuan guaman secara percuma kepada mereka dan menuntut pihak polis menyiasat dua lelaki berkenaan untuk tindakan lanjut.

Sumber: MalaysiaKini

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!