Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mayat yang ditemui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor di sekitar Jambatan Sungai Klang, disahkan penyanyi Nidza Afham.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat lelaki dewasa berpakaian hitam dengan nombor 56 itu adalah adalah Nidza Afham.
Punca kejadian masih belum diketahui. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk tindakan lanjut.
Terdahulu penyanyi muda itu dilaporkan hilang pada jam 11.53 malam Selasa selepas keluar berjogging di Stadium Klang.
Menurut teman wanitanya, Miera, lokasi terakhir Nidza dikesan berada di Jambatan Klang. Ahli keluarganya kemudian pergi ke lokasi dan menemui telefon serta dompet Nidza berada dalam keadaan baik, tetapi kad ATM dan wang tunai hilang.
Sumber: Harian Metro








