Polis sahkan penemuan mayat dipercayai penyanyi Nidza Afham | The Reporter

Polis sahkan penemuan mayat dipercayai penyanyi Nidza Afham

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan mayat dipercayai penyanyi, Nidza Afham di Sungai Klang jam 7 malam tadi, kira -kira 1 kilometer dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang.

Sementara itu, kakaknya, Nur Irfahanie, 30, turut memuat naik satu kenyataan ringkas di X.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahuakbar.. Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Nidza dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Klang sekitar jam 11.53 malam semalam.

Dompet dan telefon bimbit Nidza ditemui dalam keadaan baik di Jambatan Sungai Klang. Namun, kad ATM dan wang tunai didapati hilang.

Nidza, yang juga abang kepada penyanyi Aufahanie, pernah menyertai rancangan realiti “I Can See Your Voice 3” dan melancarkan single berjudul “Ternyata Bukan Aku”.

Sumber: X Mohd Redzuan Abdul Manap, X Efahanie

Related Posts