'Type M, C dan I bukan lagi gurauan, tapi kemarahan tersirat' - Zahid Hamidi | The Reporter

‘Type M, C dan I bukan lagi gurauan, tapi kemarahan tersirat’ – Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi berucap mengenai isu perpaduan kaum dan penggunaan istilah Type M, C dan I di media sosial.
Gambar; Facebook Zahid Hamidi.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isu “Type M”, “Type C” dan “Type I” yang semakin kerap digunakan di media sosial kini bukan lagi sekadar gurauan, sebaliknya mula dilihat sebagai bahasa sindiran dan kemarahan tersirat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan itu mencerminkan bahawa perpaduan nasional semakin diuji apabila media sosial menjadi ruang yang menyuburkan prasangka antara kaum.

Dalam masa sama, Zahid turut menekankan keperluan untuk memperkukuh semula asas politik yang berteraskan akal, adab dan strategi, bukannya dipengaruhi emosi, dendam serta perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap hakisan bahasa dan budaya akibat arus globalisasi serta pengaruh media sosial yang semakin membentuk cara fikir masyarakat hari ini.

Baca juga:

Dalam pada itu, beliau memberi amaran mengenai keresahan yang semakin meningkat dalam kalangan orang Melayu susulan pengaruh yang dilihat semakin lemah dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi, pendidikan, budaya dan politik.

Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau berkata, perkara berkenaan bukan bertujuan mencetuskan ketakutan atau perpecahan, sebaliknya untuk mencari tindakan bagi menangani kebimbangan masyarakat Melayu terhadap masa depan mereka.

Menurut beliau, keresahan itu mula dirasai sejak perubahan kerajaan Persekutuan pada 2018 dan bertambah buruk selepas pandemik Covid-19 serta beberapa isu sensitif melibatkan agama Islam dan institusi diraja. Zahid turut menyentuh isu penghinaan terhadap Islam, institusi diraja dan kontroversi berkaitan ICERD yang didakwa menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam.

Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap kedudukan ekonomi orang Melayu yang menurutnya berskala kecil dari segi penguasaan rantaian nilai serta pemilikan ekuiti Bumiputera. Selain itu, beliau berkata sektor pendidikan kini tidak lagi menjamin mobiliti sosial yang baik kepada generasi muda Melayu.

“Isu pendidikan bukan lagi sekadar akses kepada universiti, tetapi kesepadanan antara ilmu, kemahiran dan keperluan industri,” katanya.

Dalam masa sama, Zahid menegaskan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) perlu dijadikan laluan utama untuk melahirkan tenaga mahir, usahawan dan pencipta nilai baharu dalam kalangan orang Melayu, bukannya dianggap sebagai pilihan kedua.

Related Posts