Ucapan anak Allahyarham Dr Aiman sentuh hati ramai | The Reporter

Ucapan anak Allahyarham Dr Aiman sentuh hati ramai

Anak sulung Allahyarham Dr Aiman menyampaikan ucapan selepas pengebumian yang menyentuh hati ramai.
Tangkap layar video tular yang merakamkan ucapan anak sulung Allahyarham.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Semalam, media sosial dipenuhi dengan berita pemergian seorang pegawai perubatan yang dikenali sebagai Dr Aiman. Pemergian beliau begitu dirasai ramai kerana kata-kata nasihat yang sering diberikan serta layanan baik terhadap para pesakitnya.

Lebih meruntun jiwa apabila anak sulung beliau yang berusia 14 tahun mengimamkan solat jenazah. Usai sahaja pengebumian, anak Allahyarham turut menyampaikan ucapan yang menyentuh hati ramai.

“Hari ini, dia telah meninggalkan dunia. Dia telah meninggalkan kita semua. Dia telah meninggalkan segala yang berkaitan dengan dirinya, kecuali amalan-amalannya. Dan mungkin pada esok hari, atau pada bila-bila masa, kita juga akan dijemput oleh-Nya.

“Sehinggalah masa itu sampai, cubalah kita memantapkan amalan kita dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Sesungguhnya ayah saya pernah berkata, apabila seseorang itu mati, dia bukanlah mati yang sebenar. Dia hanyalah berpindah alam.

“Jadi, saya harap kita semua dapat mengambil iktibar daripada peristiwa ini untuk menjadikan diri kita, keluarga kita, dan seluruh umat Nabi Muhammad SAW dijemput Allah dalam keadaan yang baik serta dimasukkan ke syurga Al-Firdaus. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Baca juga:
@draimanroslan

18.Siri Al -Syafi / The Healer Tajuk : Kisah Benar- Susah Tidur / Keresahan ( Part 2 ) “Kerana Dalam Dirimu Sudah Ada Cinta ” ❤️ #kisahbenar #segalanyatentangcinta #fyp #tigakotasuci

♬ original sound – Dr.Aiman Roslan – Dr.Aiman Roslan

Selebriti dan pendakwah yang mengenali Allahyarham turut berasa sedih atas pemergian beliau.

Menerusi perkongsian di media sosial, Allahyarham juga dikatakan sempat terlibat dalam video promosi Bukit Bintang Berselawat 3.0 yang dijadual berlangsung pada 16 Mei nanti.

Related Posts