Polis rakam keterangan Harith Iskander berhubung isu hantaran 'Ham' - The Reporter

Polis rakam keterangan Harith Iskander berhubung isu hantaran ‘Ham’

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelakon dan pelawak Harith Iskander, telah dirakam keterangan beliau berhubung dengan hantaran yang didakwa menghina agama Islam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis turut mengenal pasti identiti seorang lagi individu bernama ‘Cecelia Yap Song’, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Kita masih dalam usaha untuk mengesan individu Cecelia Yap Song. Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Menurut Razarudin, setakat ini sebanyak 16 laporan polis telah diterima berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, Harith Iskander memuat naik hantaran di Facebook bersama gambar segelas kopi yang tertera ‘Ham Sap Coffee’.

Tindakan beliau telah mencetuskan kemarahan ramai dan mempersoalkan tindakan tersebut.

Susulan itu juga, bekas pelawak Shahrol Shiro membuat laporan polis ke atas Harith dan juga Cecelia Yap Song.

Sumber: Kosmo

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!