Pelakon Zarina Anjoulie yang juga dikenali sebagai Anju, baru-baru ini menjalani pembedahan hidung di Vietnam,
Terdahulu Zarina pernah memaklumkan dia menghadapi masalah dengan benjolan pada hidungnya yang bukan hanya mempengaruhi penampilannya, tetapi juga memberikan ketidakselesaan dan masalah pernafasan. Disebabkan itu, dia memutuskan untuk mencari penyelesaian melalui prosedur pembedahan plastik.
Zarina Anjoulie kemudian pergi ke Vietnam untuk menjalani pembedahan hidung di Vietnam. Negara ini dikatakan semakin popular sebagai destinasi pembedahan kosmetik kerana kemudahan, kualiti perkhidmatan dan kos yang lebih berpatutan berbanding beberapa negara lain.
Prosedur pembedahan hidung Zarina berjalan dengan lancar dan dia bersyukur benjolan tersebut sudah tiada. Zarina yakin, hasil pembedahan ini memberikan peningkatan kepada penampilannya dan juga membantu mengatasi masalah kesihatan yang dihadapinya sebelum ini.
Selepas berkongsi video sebahagian proses pembedahan hidung di media sosial, tampil beberapa individu yang mengatakan bentuk hidung lamanya lebih cantik, manakala yang lain mempertikaikan keputusannya untuk berkongsi proses pembedahan secara terbuka.
Sedar dengan kesilapan itu, Zarina memohon maaf dan menjelaskan tujuan perkongsian tersebut bukan untuk membuka aib, tetapi kerana dia dibayar untuk melakukannya. Dia juga memerlukan rezeki untuk kehidupan bersama anaknya.
Dalam masa sama, Zarina turut berterima kasih kepada netizen yang mengambil pedulidan memberi perhatian terhadap tindakan.