Ulam-ulaman seperti petai merupakan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Selain dijadikan sebagai sambal, ada juga yang makan petai begitu sahaja.
Kombinasi sambal udang dan petai, ikan bakar petai sudah menjadi sinonim dalam masakan melayu.
Namun, seolah sudah melawan hukum, pempengaruh dari luar negara ini mencuba hidangan petai dimakan bersama sandwich dan buah avocado.
Dalam hantaran video yang sudah meraih 1.3 juta tontonan itu, wanita berkenaan turut menunjukkan cara-cara untuk membuka dan memotong ulaman berkenaan.
“Petai dipotong untuk pastikan tiada ulat dalam tu.
“Hari ini kita bukan masak sambal petai, tapi sandwich petai,” katanya.
Dia kemudiannya mengukus petai berkenaan dan memotong buah avocado, cili dan mencampurkan ketiga-tiga bahan bersama perahan air limau.
“Letakkan atas roti, kemudian potong dua dan makan!” katanya.
Sumber: Georgia P