Penyampai radio tempatan sokong jenaka Jocelyn Chia mengenai tragedi MH370, dikecam netizen | The Reporter

Penyampai radio tempatan sokong jenaka Jocelyn Chia mengenai tragedi MH370, dikecam netizen

Penyampai radio tempatan itu dikatakan menyokong jenaka Jocelyn Chia yang mempersendakan mangsa tragedi MH370.
Gambar hiasan

Pengurusan stesen radio Fly FM dikatakan bakal menerima kehadiran penyampai radio yang baharu. Pengumuman itu dipercayai bakal menggantikan salah seorang krunya yang membuat kenyataan menyokong jenaka Jocelyn Chia mengenai tragedi MH370.

Menurut sumber dari Twitter FWB News, penyampai radio berkenaan secara terbuka menyokong jenaka Jocelyn dan apabila ditegur oleh netizen, dia membalas;

“Kamu nak beritahu pakar bedah macam mana nak buat kerja dia juga kah?”

Namun, belum dapat dipastikan sama ada penyampai radio tersebut akan direhatkan daripada slot pagi itu, berikutan tiada sebarang pengumuman mengenai perkara itu.

Sementara itu, para pendengar setia radio Fly FM juga meluahkan rasa kesal dengan tindakan penyampai radio berkenaan.

“Kepada Fly FM, selama ini saya setia dengan kamu. Tetapi sekiranya esok pagi saya masih mendengar suara penyampai radio itu di corong radio, saya akan berhenti mendengar saluran anda. Merendahkan orang, angkuh dan langsung tak kelakar,” kata Uncle Barry.

Gambar : FWB News

Terdahulu, Jocelyn Chia membuat jenaka berhubung tragedi MH370 di pentas komediri di Comedy Cellar, Manhataan, Amerika Syarikat. Tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi negatif netizen di Malaysia.

Terkesan dengan perbuatan tidak bertanggungjawab Jocelyn itu, Duta Besar Singapura ke Malaysia dan Menteri Luar Singapura tampil memohon maaf dan menjelaskan Jocelyn tidak lagi memegang kerakyatan Singapura dan kata-katanya itu juga tidak mewakili negara itu.

Sumber: FWB News

Related Posts