'Singapura dah jadi negara dunia pertama, Malaysia? Boooo!' - Pelawak komediri Jocelyn persenda Malaysia dikecam netizen - The Reporter

‘Singapura dah jadi negara dunia pertama, Malaysia? Boooo!’ – Pelawak komediri Jocelyn persenda Malaysia dikecam netizen

Media sosial hari ini kecoh dengan persembahan dari seorang pelawak wanita, Jocelyn, berasal dari Singapura yang mempersenda dan memperlekehkan Malaysia di pentas komediri.

Dalam program Comedy Cellar, Jocelyn membanding-bezakan Singapura dan Malaysia di mana dia menegaskan adalah satu keputusan yang tepat apabila pemimpin ketika itu mengambil keputusan untuk keluar daripada gabungan Malaysia.

Malaysia masih negara membangun?

“Negara saya, Singapura. Selepas kita mencapai kemerdekaan daripada pihak British, kita berusaha membentuk sebuah negara kecil. Untuk terus bertahan, kita bergabung dengan negara besar dan kuat iaitu Malaysia.

“Awak dari mana? Malaysia atau Singapura? (tanya penonton yang kemudian menjawab Malaysia). F##k you, a##holes.

“Apabila Perdana Menteri Singapura masuk TV untuk memaklumkan Malaysia telah menyingkirkan Singapura, dia menangis kerana menyangka kami tidak akan mampu bertahan tanpa Malaysia. Tapi selepas 40 tahun kemudian, Singapura menjadi negara dunia pertama.

“Malaysia pula, sekarang jadi apa? Masih lagi menjadi negara membangun? Aww… booo… F##k you Malaysia. Bukankah itu balas dendam yang terbaik selepas ‘berpisah’?” katanya.

Pesawat MAS tak boleh terbang, hilang

Dalam masa sama, Jocelyn mempersendakan Malaysia Airlines yang dikatakan tidak mampu terbang dan hilang (kes 2 pesawat MAS MH730 dan MH17). Meskipun mengakui adakalanya lawaknya tidak diterima orang ramai, tetapi dia yakin lawak sedemikian diterima baik di Singapura.

Jocelyn tidak menolak kemungkinan dia akan mendapat review negatif daripada warga Malaysia tetapi enggan mengambil pusing mengenai perkara itu tetapi yakin tidak semua yang tahu mengenai lawak bodohnya itu kerana beranggapan bukan semua rakyat Malaysia mempunyai akses internet.

Mentaliti Jocelyn menjijikkan

Sementara itu, netizen mengecam lawak bodohnya itu dan tidak menyangka orang seperti Jocelyn yang mengakui dirinya dari negara dunia pertama tetapi mempunyai perangai yang suka mempersendakan negara-negara lain.

“Celaka. Miskin tapi berlagak. Kalau kaya sangat, jangan datang shopping di Malaysia la bongok. Dahlah isi RON95 tak sedar diri. Datang Malaysia complaint itu ini, macam bagus sangat,” komen Kim.

“Singaporean masuk Johor, kencing di tempat ambil wuduk. First world country konon, tapi third world mentality. Lebih jijik dari negara India,” komen Jebat.

“Well dari apa dia katakan, memang patut pun Malaysia singkirkan Singapura daripada berterusan mempunyai mentaliti bodoh seperti perempuan ini,” kata Chia.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!