Penjelasan penceramah daging korban perlu disimpan 7 jam dalam chiller | The Reporter

Penjelasan penceramah daging korban perlu disimpan 7 jam dalam chiller

cara penyimpanan daging korban menurut pandangan penceramah.
Gambar bulat kecil: CGO cotton

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Daging korban sering dianggap paling ‘fresh’ apabila baru sahaja sampai ke rumah. Namun menurut penceramah bebas, Syamsul Debat, cara penyimpanan dan pengendalian daging sebenarnya memainkan peranan penting untuk kesihatan dan kebersihannya sebelum dimasak.

Menurut beliau, daging yang baru diterima tidak semestinya terus dimasak. Sebaliknya, daging disaran dibersihkan terlebih dahulu, kemudian disimpan dalam bekas bertutup dan diletakkan di bahagian chiller (bukan freezer). Daging tersebut dikatakan perlu dibiarkan dalam keadaan sejuk selama beberapa jam, sekitar tujuh jam, sebelum dicuci semula dan dimasak.

“Daging yang sedap dan sihat untuk dimakan selepas proses korban dan sembelihan ialah daging yang dicuci bersih-bersih, kemudian masukkan dalam bekas bertutup dan simpan di bahagian chiller, bukan di bahagian beku,” katanya.

Beliau menjelaskan, tempoh ini dipercayai membantu darah dalam daging keluar dengan lebih sempurna. Selepas proses tersebut, daging perlu dicuci sekali lagi sebelum dimasak bagi memastikan kebersihan yang lebih baik.

“Biarkan dalam chiller selama kira-kira tujuh jam. Selepas tujuh jam, darah dalam daging akan turun dengan lebih sempurna. Kemudian, barulah kita cuci sekali lagi sebelum dimasak,” ujarnya.

@syamsuldebatofficial

DAGING 7 JAM? “Assalamualaikum semua 🌸 Jangan lupa ya, ini hanyalah sedutan ringkas daripada ceramah penuh. Untuk tonton versi penuh, jom singgah ke Channel YouTube rasmi SD 👉 Syamsul Debat TV. Selamat menonton, semoga bermanfaat dan diberkati selalu ✨” #fypppppppppppppp #fyp #syamsuldebat #foryoupage

♬ original sound – Syamsuldebat – Syamsuldebat
Baca juga:

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa ramai orang sering tergesa-gesa memasak daging korban kerana menganggap ‘fresh’ itu lebih baik. Sedangkan, menurut pandangan yang dikongsikan, daging yang belum melalui proses penyejukan dan pembersihan rapi mungkin masih mengandungi sisa darah yang tidak keluar sepenuhnya.

Tambahnya lagi, dalam sudut pandang Islam, darah adalah najis, dan pengendalian daging yang tidak sempurna boleh memberi kesan kepada kesihatan jika diambil tanpa persediaan yang betul.

“Itu adalah kaedah yang terbaik menurut kajian yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan juga pihak Veterinar,” katanya lagi.

Related Posts