Peniaga di Thailand minum darah buaya untuk kekal sihat dan bertenaga

Seorang peniaga dari selatan Thailand baru-baru ini menjadi viral kerana mendakwa rahsia dia kekal sihat adalah minum darah buaya yang dicampurkan dengan alkohol yang diamalkan dua kali sehari.

Rojakorn Nanon, 52, dari wilayah Trang Thailand, memulakan harinya dengan minum segelas darah buaya yang dicampur lao khao (sejenis minuman tradisi Thailand) dan minuman koktel lain sebelum tidur.

Menurut Nanon dia sebelum ini selalu berasa lemah dan keletihan sepanjang masa. Tetapi sejak dia mula mengamalkan minum darah buaya, kesihatannya menjadi lebih baik. Nanon yakin darah itu menguatkan lagi beberapa organ, darah dan sistem saraf dalam badan.

Nanon mula meminum darah buaya yang dicampurkan dengan lao khao sejak dua bulan lalu, setelah mengetahui koktel itu dijual oleh Wanchai Chaikerd, 53 tahun, pemilik ladang buaya di kecamatan Ban Pho.

Wanchai mendakwa, buaya mempunyai darah yang sangat sedikit (satu atau dua gelas) dan dia mencampurkannya dengan lao khao. Untuk jualan, dia mengenakan bayaran sebanyak 200 – 300 baht (RM26 – RM39) bagi setiap gelas.

Wanchai yang memiliki ladang buaya terbesar di Wilayah Trang mendakwa bahawa ramuannya membantu peredaran darah, menguatkan sel darah merah, meningkatkan jumlah platelet dan sel darah putih serta menyuburkan sel telur dan sperma. Darah buaya juga dikatakan boleh menangani masalah kemandulan.

Buaya yang berusia antara tiga hingga empat tahun biasanya dikorbankan kerana usia ketika itulah haiwan berkenaan mempunyai darah yang mempunyai kesan yang kuat.

Sumber: Oddity Central

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!