Polis hari ini mengesahkan telah merakam percakapan Tan Sri Azam Baki berhubung dua siasatan berasingan melibatkan dakwaan fitnah serta salah guna kuasa.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, kedua-dua kertas siasatan itu masing-masing melibatkan penerbitan artikel oleh Bloomberg yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah berkaitan pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad, serta dakwaan salah guna kuasa dan ugutan jenayah terhadap Albert Tei.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah sebelum kedua-dua kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk nasihat dan arahan lanjut,” katanya.
Baca juga:
- Tular aksi ‘manja’ pasangan di kedai makan, JAIM jalankan siasatan
- ‘Nak bersuara tak ada masalah, tapi jangan menuduh tanpa bukti’ – Mohamad Sabu
- Syed Saddiq dan Bella Astillah ‘berguru’ bab perkahwinan dengan Wan Azizah
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan atau mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan.
PDRM turut menegaskan komitmen mereka untuk memastikan ketelusan dan integriti siasatan sentiasa menjadi keutamaan, selain tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang.








