Peniaga alami kerugian RM2K, gagak mati ditembak jatuh ke dalam periuk besar berisi sup - The Reporter

Peniaga alami kerugian RM2K, gagak mati ditembak jatuh ke dalam periuk besar berisi sup

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Peniaga di sebuah kedai makan mendakwa telah mengalami kerugian sebanyak RM2,000 setelah insiden bangkai gagak yang ditembak mati oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ketika Ops Crow Sharpshooter (Ops CroSS) edisi Mini 2/2024, terjatuh ke dalam periuk yang mengandungi sup.

Kata pemilik kedai Twin Cafe Sup 88, dia terkejut apabila melihat insiden berkenaan berlaku tanpa pemberitahuan lebih awal daripada pihak berkuasa.

https://www.tiktok.com/@twincafesup/video/7370209415754009864?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7368648550219171345

Bagaimanapun, mereka reda dengan apa yang terjadi.

“Tak ada rezeki kami. Terpaksa kita buang periuk dalam ni. Darah gagak dah masuk dalam kuah sup,” katanya.

Bukan hanya membuang kuah sup, malahan mereka turut membuang periuk besar berkenaan kerana dikatakan telah dimasuki bangkai.

Namun begitu, menerusi satu laporan mengatakan, Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, orang ramai tidak perlu berasa was-was untuk menggunakan perkakas sama kerana haiwan yang perlu disamak hanya khinzir dan anjing.

“Gagak yang masuk dalam periuk itu sama macam binatang lain cuma makanan atau bahan dalam periuk perlu dibuang sebab sudah dicemari dengan bangkai gagak. Apa yang perlu dilakukan hanya perlu membasuh dengan bersih,” katanya.

Di ruangan komen pula, ada yang mendakwa notis awal telah dikeluarkan oleh pihak majlis kepada orang ramai mengenai operasi berkenaan.

Sementara itu, pihak MBSP memaklumkan bahawa penyelesaian secara damai membabitkan insiden tersebut telah dilakukan dengan mengadakan perbincangan secara langsung dengan pemilik restoran berkenaan.

Sumber:Twincafe sup

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!