Sudah lama bertapak dalam industri hiburan, kumpulan Senario satu-satunya kumpulan yang dianggap ‘legend’ yang masih bertahan sehingga kini.
Walaupun masing-masing mempunyai karier tersendiri, kumpulan ini tidak pernah berpecah sebaliknya terus menghiburkan peminat-peminat dari awal sehingga akhir.
Kumpulan ini juga terbukti masih dihargai peminat sehingga kini apabila tercalon dalam kategori Artis Komedi Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH36).
Menerusi komen di Instagram tontonmy, netizen mahukan kumpulan ini dapat memenangi anugerah dalam pertandingan berkenaan.
“Terima kasih kerana mewarnai zaman 90-an saya, ada sebab saya undi Senario,” kata netizen.
“Demi Senario, aku sanggup paksa semua orang dalam rumah ni undi,” kata Fatin.
“Terima kasih Senario menghiburkan kami rakyat Malaysia satu ketika dulu, moga rezeki kemenangan berpihak pada kalian,” kata Dayah Zaini.
Selain Senario, kategori Artis Komedi Popular turut membariskan calon lain iaitu Zizan Razak, Joey, Ropie, Syaiful Zero, Shuib, Sharif Zero, Sabri Yunus, Roy Azman, Noreen Iman, Mark Adam, Mamak Puteh, Jep Sepahtu, Fad Bocey, Ebby Yus, Douglas Lim, Aya Amiruddin, Atu Zero dan Ajak Shiro.