Pemilik rumah pangsapuri naik angin, dikenakan tindakan letak barang, sampah di siar kaki | The Reporter

Pemilik rumah pangsapuri naik angin, dikenakan tindakan letak barang, sampah di siar kaki

Pemilik rumah pangsapuri
Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok Ariv Chelvam

Tular satu rakaman video memaparkan pemilik sebuah rumah pangsapuri di Ukay Perdana yang tidak berpuas hati apabila dikenakan tindakan oleh pihak pemaju perumahan berkenaan.

“Kau tanya kucing tu kalau pandai sangat. Kucing datang sini berak, bukan kucing aku, suruh aku bersihkan. Kau ingat aku siapa? Kau ada bayar aku ke?” Soal pasangan suami isteri.

Walaupun sudah diterangkan secara baik, namun pasangan berkenaan terus menerus menghentam pihak pemaju.

Video yang dimuatnaik oleh Ariv Chelvam itu menunjukkan pemilik rumah telah meninggalkan barang-barang dan sampah di ruang siar kaki menyebabkan kawasan berkenaan kelihatan kotor dan mengundang kucing ke situ.

@arivchelvam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pemilik yang menduduki dalam kediaman berstrata hendaklah menghormati undang-undang sedia-ada dan tidak meninggalkan barang-barang / sampah di ruang siar kaki. Ianya tidak selamat dan juga menyebabkan kacau ganggu kepada pemilik-pemilik lain. Pengurusan mempunyai kuasa untuk sita barang-barang tersebut, dan semua kos boleh dikenakan terhadap pemilik yang menyebabkan kacau ganggu tersebut. #strata #siarkaki #kebersihan #jmb #ukayperdana #srimelor

♬ original sound – Ariv Chelvam – Ariv Chelvam

“Pemilik yang menduduki dalam kediaman berstrata hendaklah menghormati undang-undang sedia-ada dan tidak meninggalkan barang-barang / sampah di ruang siar kaki. Ianya tidak selamat dan juga menyebabkan kacau ganggu kepada pemilik-pemilik lain.

“Pengurusan mempunyai kuasa untuk sita barang-barang tersebut, dan semua kos boleh dikenakan terhadap pemilik yang menyebabkan kacau ganggu tersebut,” katanya.

Tindakan berkenaan ujarnya dibuat berdasarkan aduan yang diterima. Difahamkan juga pemilik rumah mempunyai tunggakan penyelenggaraan lebih RM13,000.00.

“Semua barang yang ditinggalkan di ruang siar kaki seterusnya telah disita. Kos pembersihan dan sewaan tong roro akan dikenakan terhadap pemilik,” katanya.

Related Posts