Pelarian Rohingya buang nasi bungkus yang diberi penduduk sebab tak pedas, buat netizen geram - The Reporter

Pelarian Rohingya buang nasi bungkus yang diberi penduduk sebab tak pedas, buat netizen geram

Baru-baru ini, media Indonesia melaporkan pelarian Rohingya yang tiba di negara itu membuang bungkusan nasi yang dibekalkan oleh penduduk tempatan.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu terbongkar selepas beberapa penduduk membuat tinjauan di kawasan pantai Kota Sabang, Aceh, yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan pelarian berkenaan, mengundang kemarahan orang ramai terutamanya di media sosial.

Bagaimanapun jurucakap bagi kumpulan pelarian berkenaan, Ali, menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham sahaja.

Menurut Ali, pelarian Rohingya suka makanan pedas tetapi tidak dapat menyampaikan perkara itu kepada penduduk tempatan.

“Ini cuma salah faham, bukan mereka saja-saja nak buang nasi. Mereka suka makanan pedas, ettapi tak dapat nak sampaikan,” katanya.

https://www.tiktok.com/@btj.tripaceh_/video/7313399256696638725

Malangnya alasan yang diberikan itu tidak diterima dan netizen berterusan mengecam sikap pelarian Rohingya yang tidak bersyukur dengan bantuan tersebut.

“Aku pun suka pedas tetapi kalau dah itu yang diberi secara percuma, terima sajalah. Orang dah bagi free, takkan nak pilih-pilih,” kata netizen.

“Sedap-sedap diorang je nak memilih. Apa dia ingat kita ini orang gaji diorang ke?” kata netizen lain.

Menurut laporan media tempatan, kira-kira lebih 1,600 pelarian Rohingya mendarat di Aceh sejak bulan lalu mengundang kegelisahan di kalangan penduduk tempatan.

Ini kerana sikap mereka yang pengotor, membuang air sebarangan, tidak menghormati budaya tempatan membuat penduduk geram dan meminta kerajaan bertindak memindahkan kumpulan pelarian berkenaan ke kawasan lain.

Sumber: Tribun News

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!