Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan Jabatan Imigresen perlu mengambil tindakan terhadap pelancong asing yang tidak meninggalkan Malaysia selepas tamat tempoh lawatan.
Menurut beliau, isu ketidaksepadanan jumlah pelancong masuk dan keluar negara sering dipersoalkan, terutama apabila ada pelancong yang tinggal melebihi tempoh dibenarkan.
Katanya, pelancong tidak hanya masuk melalui ejen pelancongan, malah ada juga yang datang secara persendirian dari pelbagai negara, menyebabkan pemantauan menjadi lebih mencabar.
Baca juga:
- ‘Hampir 99% ke Makkah’- MP Langkawi dedah kisah pemilihan parti ketika bahas RCI TH

- Bekas peserta progam realiti dipenjara 10 hari, gagal bayar RM108,200

- Pertikai rakan sekerja kerap cuti jaga anak, kenyataan wanita undang kecaman netizen

- Tular video pemancing jumpa kucing kelaparan di Pulau Ketam, 10 ekor berjaya diselamatkan

- ‘Tak perlu kumpulkan 222 Ahli Parlimen untuk dengar ‘podcast’ kerajaan’ – Wan Fayhsal

Bagi menangani perkara itu, kementerian telah meminta beberapa kedutaan termasuk China menyediakan senarai nama serta nombor pasport pelancong yang didapati overstay supaya tindakan lanjut dapat diambil.
Dalam perkembangan lain, Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan autonomi imigresen Sabah dan Sarawak akan terus dipertahankan walaupun Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mula berkuat kuasa sejak 1 Januari 2025.
Sumber: Bernama









