Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Beberapa hari lalu tular isu mengenai seorang anngota polis yang telah menahan dan membuat penawaran saman RM100 kepada pasangan pelancong asing waga United Kingdom (UK). Kejadian yang berlaku di Perak itu dilaporkan dalam siasatan.
Ketika ini pula tular mengenai pasangan pelancong asing juga ditahan polis di Langkawi kerana didapati penunggang motosikal tidak memakai topi keledar. Namun begitu, pembonceng yang merupakan seorang wanita memakai topi keledar.
Berbanding kes yang berlaku di Perak, rakaman tersebut dilakukan secara tersembunyi namun jelas kedengaran suara anggota polis berkenaan menyoal kesalahan mereka dan meminta bayaran saman atas kesalahan tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya mendapati video yang tular di media sosial sejak semalam telah dimuat naik di YouTube pada 10 November lalu.
Berdasarkan siasatan, pelancong asing berkenaan tidak memakai topi keledar sebelum membuat pembayaran RM100 bagi mengelakkan dibawa ke balai polis dan disaman.
“Buat masa ini, kita sedang mengumpulkan maklumat mengenai butiran kejadian tersebut.
“Kita tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kes itu dan tindakan tegas menanti mereka,” katanya.
Sumber: Malaysia Gazette, Utusan TV