Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah mengalami pendarahan dalaman pada mata kiri selepas dipercayai ditumbuk oleh rakan sekolah.
Kejadian disedari selepas cikgu di sekolah berkenaan memaklumkan kepada bapa mangsa untuk mengambil anaknya kira-kira jam 12.30 tengah hari. Ketika ditemui, pelajar terbabit mengadu sakit kepala, muntah serta bengkak pada mata.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan disahkan mengalami pendarahan dalaman pada mata akibat ditumbuk. Bapanya, 52, turut mendakwa anaknya pernah mengadu menjadi mangsa buli sebelum ini.
Susulan itu, laporan polis dibuat oleh bapa mangsa di Balai Polis Sungai Petani.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan laporan berkenaan dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, ini adalah kes kedua membabitkan dakwaan buli pelajar sekolah di daerah sama minggu ini.
Pada 14 Julai lalu, seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki diikat serta mulut disumbat sapu tangan di tandas sekolah, dipercayai dibuli kerana cemburu oleh dua rakan.
Sumber: Berita Harian








