'Pasukan saya sedang membuat laporan polis,' Fuziah Salleh lapor polis susulan viral video perbelanjaan RM200 yang dianggap serangan bermotifkan politik - The Reporter

‘Pasukan saya sedang membuat laporan polis,’ Fuziah Salleh lapor polis susulan viral video perbelanjaan RM200 yang dianggap serangan bermotifkan politik

Senator Fuziah Salleh dilaporkan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video ‘Siapa kata RM200 tak cukup’ yang didakwa sebagai serangan bermotif politik terhadapnya di media sosial, sejak kelmarin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) percaya bahawa, ada yang dengan sengaja cuba menyebarkan maklumat yang salah mengenai isu itu.

“Saya berpendapat ia bermotifkan politik. Cara serangan itu saya dapat lihat ia sangat bersepadu.

“Pasukan saya sedang membuat laporan polis. Mereka sedang mengenal pasti punca serangan itu,” katanya memetik laporan daripada MalaysiaKini, Khamis, 21 September 2023.

Difahamkan, pegawai khas kepada Fuziah akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, jam empat petang hari ini.

Sumber: Facebook Yatt Kasmuri

Kelmarin, seorang pengguna Facebook, memuat naik semula video Fuziah membuat pemantauan di sebuah pasar raya di Langkawi. Video menunjukkan Fuziah membeli barangan keperluan yang keseluruhannya berjumlah RM136.

Dalam penjelasan Fuziah semalam mengatakan, video itu dibuat selepas timbul isu yang mengatakan RM200 tidak dapat membeli apa-apa. Dan dengan video itu telah membuktikan bahawa, banyak barangan keperluan yang dapat dibeli dengan harga di bawah RM200.

Bagaimanapun, individu yang memuat naik video tersebut pula mengatakan perbelanjaan itu tidak merangkumi keseluruhan keperluan rakyat. Malah dia meminta Fuziah untuk duduk diam di pejabat daripada terus bersuara.

Sumber: MalaysiaKini (Martin Vengadesan), Facebook Yatt Kasmuri

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!