‘PAS layak ketuai PN, yang khianat sila berambus!’ – Afnan Hamimi | The Reporter

‘PAS layak ketuai PN, yang khianat sila berambus!’ – Afnan Hamimi

Afnan Hamimi gesa PAS ketuai PN susulan isu ADUN Perlis
Kenyataan Afnan Hamimi mencetuskan perbahasan apabila PAS ketuai PN dilihat sebagai jalan keluar isu khianat dan kepimpinan lemah.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kenyataan keras Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden mencuri perhatian apabila beliau mendakwa wujud kelemahan serius dalam kepimpinan gabungan di Perlis, khususnya berkait tindakan beberapa ADUN yang didakwa menandatangani surat akuan berkanun (SD) menolak Datuk Seri Shukri Ramli.

Menurut Afnan, “faktanya jelas” apabila “kawan kita” gagal mengawal ADUN parti mereka yang menurunkan tandatangan pada SD berkenaan.

“Tiada arahan”, tetapi tiada tindakan

Afnan turut mempersoalkan jawapan bahawa “tiada arahan” diberikan kepada ADUN untuk menandatangani SD tersebut, kerana bagi beliau isu sebenar ialah apa yang berlaku selepas itu.

Katanya, walaupun didesak mengambil tindakan tegas seperti PAS yang pernah bertindak terhadap tiga bekas ADUNnya, namun sehingga kini tiada tindakan diambil. Malah, beliau mendakwa nama turut dihantar untuk jawatan Menteri Besar.

Bagi Afnan, kombinasi “tak bagi arahan” tetapi “tak ambil tindakan” membawa maksud sama: seolah-olah merestui tindakan berkenaan.

Baca juga:

“Yang khianat sila berambus, yang lemah sila turun”

Afnan kemudian melontarkan garis keras terhadap budaya politik yang disifatkannya melemahkan gabungan. Beliau menyatakan pemimpin yang gagal mengawal anak buah adalah lemah, manakala pihak yang menjatuhkan rakan sendiri dianggap khianat.

Susulan perkembangan itu, beliau menggesa PAS mengambil alih kepimpinan Perikatan Nasional, termasuk cadangan Presiden PAS menjadi Pengerusi PN, selain mengaitkannya dengan idea “PN 2.0 + MN 2.0”.

Kenyataan tersebut sekali gus memberi isyarat bahawa isu Perlis bukan sekadar soal dalaman negeri, tetapi sudah menjadi pertikaian tentang hala tuju dan kepimpinan PN yang menurutnya perlu diperkasakan.

Related Posts