Panik rakan sebilik balik awal, pelajar bakar patung 'teman wanita' sampai terbakar asrama | The Reporter

Panik rakan sebilik balik awal, pelajar bakar patung ‘teman wanita’ sampai terbakar asrama

Pelajar bakar patung 'teman wanita' hingga cetus kebakaran asrama.
Panik rakan sebilik balik awal, patung ‘teman wanita’ dibakar sampai asrama terbakar.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelajar di Universiti Teknologi Hefei, Anhui, China, mencetuskan kebakaran di asrama selepas membakar patung kembung yang digunakan sebagai ‘teman wanita’ kerana panik apabila rakan sebiliknya pulang lebih awal.

Kejadian itu berlaku pada 10 Februari apabila pelajar lelaki tersebut, yang identitinya tidak didedahkan, cuba menyembunyikan patung tersebut dengan membakarnya di koridor asrama. Bagaimanapun, api merebak dengan cepat hingga mencetuskan kebakaran dan mengaktifkan alat penggera keselamatan kampus.

Video yang tular di media sosial menunjukkan api dan asap tebal memenuhi koridor asrama. Pihak keselamatan kampus segera menghubungi bomba dan kebakaran berjaya dipadamkan tanpa sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda yang besar.

Jurucakap universiti berkata, “Pengawal keselamatan bertindak pantas menghubungi bomba dan keadaan berjaya dikawal. Kami telah mengambil tindakan susulan terhadap pelajar yang terlibat.”

Susulan insiden itu, pihak pengurusan asrama Xinxi di universiti tersebut mengeluarkan notis melarang penggunaan api terbuka untuk memusnahkan barangan silikon atau bahan mudah terbakar di dalam bangunan. Notis itu turut menasihatkan pelajar agar membuang barangan yang tidak diperlukan ke dalam tong sampah yang disediakan.

Kejadian ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial China, dengan ramai netizen mengecam tindakan pelajar terbabit yang dianggap tidak masuk akal. Seorang netizen menulis, “Sekarang satu dunia tahu.”.

Sumber: South China Morning Post

Related Posts