Pakistan catat suhu 52 darjah celcius - The Reporter

Pakistan catat suhu 52 darjah celcius

Sumber Gambar: Reuters

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu wilayah Sindh di Selatan Pakistan dicatatkan suhu melebihi 52 darjah celcius sekaligus mencatatkan bacaan tertinggi sepanjang musim panas dan menghampiri rekod tertinggi negara berkenaan.

Menurut pasukan saintis antarabangsa, perubahan iklim dan didorong dengan perbuatan manusia antara faktor dikatakan menyumbang kepada suhu melampau di seluruh Asia.

Pegawai kanan Jabatan Meteorologi Pakistan, Shahid Abbas berkata, di Mohenjo Daro, sebuah bandar di Sindh yang terkenal dengan tapak arkeologi kepada Tamadun Lembah Indus yang dibina pada 2,500 Sebelum Masihi (SM), suhunya sudah meningkat setinggi 52.2 darjah Celsius dalam tempoh 24 jam.

Mohenjo Daro ialah sebuah bandar kecil yang mengalami musim sangat panas dan musim sejuk sederhana serta kadar turun hujan yang rendah.

Cuaca panas melampau itu dikatakan telah mengubah aktiviti dan pergerakan penduduk di beberapa buah kedai dan restoran.

Sumber Gambar: Reuters

Bagaimanapun menurut seorang doktor tempatan, Mushtaq Ahmed berkata, penduduk tempatan sudah mula menyesuaikan diri hidup dalam keadaan cuaca melampau dan lebih suka tinggal di dalam rumah atau berhampiran air.

Susulan itu juga, kerajaan Pakistan akan menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat mengenai kesan gelombang panas.

Sebelum ini dilaporkan suhu di Pakistan mencatatkan suhu mencecah 54 darjah celcius pada tahun 2017 di bandar Turbat yang terletak di wilayah barat daya Balochistan.

Sumber: Reuters

Total
0
Shares
Total
0
Share