Netizen melahirkan rasa kurang senang melihat video aksi tarian membabitkan selebriti Bella Astillah yang dimuat naik di akaun Instagram stesen TV swasta, semalam.
Walaupun ada yang menganggap aksi tarian mereka comel, namun majoriti netizen tidak begitu berkenan dengan pakaian ketat yang dipakai oleh Bella.
“Sebagai seorang perempuan, malu pula aku tengok pakaian yang Bella pakai. Pakailah pakaian yang lebih sopan. Bila anak-anak semakin membesar ni, biarlah kita usaha-usaha tunjuk tauladan yang baik-baik,” kata netizen.
Ada pula yang menganggap Bella tidak sesuai memakai pakaian sedemikian dan menasihatkan agar ibu dua anak itu memakai pakaian longgar yang seiring dengan usia.
“Bella kalau pakai pakaian loose mesti cantik. Molek-molek orang suka dia, terus orang menyampah nanti. Pakaian tu tak payah la beria sangat. Rileks-rileks sudah,” kata seorang lagi netizen.
Terdahulu Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabella Awang Astillah hadir bertemu dengan peminatnya di reruai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 36, di Karnival Jom Heboh Pulau Pinang, petang kelmarin.
Bella merupakan calon bagi kategori Aktres TV Popular dan Artis Sensasi Popular, ABPBH 36